Tuesday, April 20, 2010

Sang Pencipta Bumi Yang Agung Menegur Kita Semua...




LONDON: Akibat letusan sebuah gunung berapi di Iceland, lalu lintas udara di seluruh Eropah Utara teerjejas, menyebabkan Britain terpaksa menghentikan operasi di Lapangan Terbang Heathrow dan membatalkan beratus-ratus penerbangan, manakala Norway bertindak menutup ruang udaranya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Britain berkata penerbangan bukan kecemasan terpaksa ditangguhkan sekurang-kurangnya hingga jam 6 petang waktu tempatan, manakala Ireland turut menutup ruang udaranya selama lapan jam.

Lapangan Terbang Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di Eropah, mengendalikan hingga 1,200 hingga 180,000 penumpang sehari.

Penutupan Heathrow sekali gus menjejaskan lapangan terbang kedua dan ketiga terbesar, Gatwick dan Stansted. Tidak dapat dipastikan bila penerbangan dapat dipulihkan semula.

Berikutan penutupan itu, berpuluh-puluh penerbangan trans-Atlantik menuju Amerika Syarikat terpaksa ditangguhkan, manakala pembatalan penerbangan turut berlaku di bandaraya utama Eropah termasuk Brussels, Amsterdam, Geneva dan Paris.

Di utara Sweden, pihak berkuasa penerbangan awam berkata, semua penerbangan ditangguhkan dan ini menjejaskan jadual di bandar lain termasuk Skelleftea, Lulea, Kiruna dan Hemavan.

Semua penerbangan di utara Finland turut dibatalkan.
Di Norway, Raja Harald V dan Permaisuri Sonja yang bercadang terbang ke Copenhagen untuk menyambut hari lahir ratu Denmark yang ke-70, sedang menimbang sama ada menaiki kereta, bot atau kereta api untuk ke negara itu.

Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg yang dijadual kembali ke negaranya semalam, kini terkandas di New York apabila penerbangan dibatalkan.

Di Iceland, beratus-ratus penduduk terpaksa melarikan diri daripada banjir berikutan paras air meningkat selepas gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull meletus untuk kali kedua dalam tempoh sebulan semalam.

Air yang mengalir dari kawasan pergunungan, menyebabkan paras sungai meningkat sehingga tiga meter menjelang malam semalam.

“Awan debu semakin berkurangan kerana tiada air sebagai bahan campuran. Anda boleh merasa lebih banyak gegaran di sekitar gunung berapi itu kerana laharnya sedang mengalir keluar,” katanya.
Einarsson berkata, pihaknya memperoleh laporan daripada seorang juruterbang kira-kira sejam lalu bahawa awan debu berada pada ketinggian 4,877 meter.

“Kami membuat andaian kebanyakan awan debu berada pada kedudukan yang rendah di langit. Sebelum ini ia berada pada ketinggian 6,000 meter.

Rakaman sebuah kamera litar menunjukkan aliran asap secara berterusan tetapi perlahan dari kawah gunung berapi itu dan membentuk gumpalan awan yang sangat besar.

“Perkembangan ini menunjukkan keadaan gunung berapi itu kini semakin berubah dan kami sedang memantaunya,” katanya.

Sementara itu, pengawal trafik udara Britain berkata, gumpalan awan debu yang baru kini menghala ke beberapa laluan udara yang utama dan beberapa negara menutup lapangan terbang atau mengehadkan penggunaan ruang udara.

“Letusan gunung berapi di Iceland semakin kuat dan gumpalan awan debu yang baru sedang merebak ke selatan dan timur menuju ke Britain,” kata Perkhidmatan Trafik Udara Britain dalam satu kenyataan. – Reuters

Letusan gunun berapi yang berlaku di Iceland ini membawa kesan-kesan buruk antaranya yang utama ialah :

1. Hampir kebanyakan penerbangan ditangguhkan sehingga hari ini akibat daripada
gumpalan asap berdebu yang tebal,
2. Berlaku pencairan ais dan dikhuatiri banjir akan berlaku,
3. Sumber makanan dan keperluan harian terganggu,
4. Kesihatan terjejas.

No comments:

Post a Comment