Tuesday, March 27, 2012

KESAN-KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR


Penerokaan sumber menyebabkan kesan-kesan negatif seperti kepupusan sumber, pencemaran, hakisan, banjir, peningkatan suhu bumi dan perubahan pandang darat. Sumber seperti petroleum akan habis pada satu jangka masa tertentu. Udara-udara tercemar juga semakin meningkat akibat penggunaan bahan api petroleum dan gas asli. Hutan-hutan banyak digondolkan untuk pelbagai tujuan seperti pembinaan petempatan dan pertanian. Akibatnya berlaku kejadian hakisan tanih dan kesan yang lebih besar iaitu banjir apabila sungai-sungai menjadi cetek dan tidak lagi mampu menampung jumlah air hujan yang banyak. Suhu bumi turut terjejas, pengurangan hutan menyebabkan kekurangan pokok-pokok penyerap karbon dioksida yang meningkatkan suhu bumi secara tidak langsung. Selain daripada itu hutan-hutan yang ditebang dan digantikan dengan pembangunan kawasan sebagai pusat petempatan, perladangan dan jalan raya telah banyak mengubah pandang darat muka bumi negara. Bacaan lanjut di sini. Tekan Read More..