Wednesday, April 28, 2010

BUMI AMANAH KITA SEMUA...



Hari bumi bermula pada September 1969, iaitu di dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson pada masa itu mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar.Senator tersebut pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA. Setiap hari sebenarnya Hari Bumi, kerana bumi adalah amanah besar untuk kita manusia mewarisi dan menjaganya sejak bermulanya Nabi Adam a.s diturunkan uyntuk memakmurkabn dan menjadi pemerintah di bumi. Jadilah khalifah yang penuh bertanggungjawab memegang amanah ALLAH swt!
Banyak cara untuk menyambut Hari Bumi, amalkan hidup berhemah, tidak membazir sumber alam, jayakan kempen 5R (reduce,reuse,rethink,recycle), tanam pokok banyak-banyak, sayang alam sekitar kita...semua orang boleh berkhidmat pada BUMI....EarthDay2010

No comments:

Post a Comment