Monday, February 7, 2011

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011

Tahun 2011 telah menjangkau ke bulan Februari. Selamat meneruskan azam baru yang murni...bagi calon-calon PMR 2011, bulan ini bermulanya kerja kursus tahun 2011. Soalan telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Terdapat 2 tugasan yang dikemukakan:
1. Pencemaran alam sekitar
2. Perkembangan sistem perhubungan (telekomunikasi)
Anda boleh memilih salah satu soalan yang sesuai untuk membuat kajian anda! Untuk memuat turun soalan lengkap beserta skema dan cara-cara menjalankan kerja kursus sila download SOALAN KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011

Mulakan kerja anda secara berperingkat:
a. Tentukan tugasan yang anda fikir sesuai dan mudah mendapatkan maklumat yang terdapat di kawasan kajian anda
b. Rangkakan rancangan kajian anda mengikut 3 tahap:
i. tajuk - kumpul maklumat - kaedah sesuai digunakan untuk menjalankan kajian
ii. analisis data/maklumat dikumpul - persembahkan maklmat anda dengan cara paling sesuai
iii. menulis - menulis semua maklumat dikumpul - menyemak/menambah baik - pengahantaran kerja kursus

RANCANG KERJA ANDA...LAKSANAKAN RANCANGAN ANDA DENGAN CEMERLANG!
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, sila hubungi bertanya. simahas23@hotmail.com Read More..

Friday, November 12, 2010

SELAMAT BERCUTI AKHIR TAHUN 2010

Cuti akhir tahun memang dinanti-nantikan!!! yahoo bercuti. Anak-anak sekolah zaman IT jangan hanya mengahabiskan masa depan komputer. Penuhi masa cuti anda secara berfaedah. Cuti bukan bermakna minda anda ditutup untuk buat ulangkaji apa yang telah dipelajari di sekolah!!! Maksimumkan masa cuti anda dengan baik dan membuat banyak perkara. Banyak hobi-hobi yang mendatangkan faedah.

Tip mengisi masa cuti anda :

1. Buat ulangklaji secara berterusan. Tak perlu buka buku dan membaca sepanjang masa. Banyak kelas-kelas tuisyen online yang boleh dilanggani. Kalau dah anda minat komputer, belajarlah secara online. Banyak CD menarik yang boleh anda gunakan. Minta ibu bapa belikan. Belajar sambil facebook...bukan facebook sambil belajar. INGAT masalah laman web sosial telah terbukti menunjukkan pencapaian anak-anak pelajar semakin menurun. AWAS anda boleh facebook, friendster dll tp jgn. dikuasainya, anda yang menguasai...nak belajar online seperti di www.latihtubi.com

2. Menziarah dan ikut ibu bapa anda melawat saudara mara/nenek di kampung! Bukan hanya tunggu musim raya kan...masa inilah balik kampung, kenali dan dalami cara hidup sanak saudara di sana. Kalau tak ada kampung...boleh ke rumah kawan-kawan juga @ mengikuti kem-kem motivasi yang banyak ditawarkan pada musim cuti sekolah ini. Belajar mengenali alam ciptaanNYA yang maha LUAS dan penuh makna bagi mereka yang mahu berfikir. Hutan, sungai, laut, gunung ganang, AnugerahNYA yang tidak ternilai. Ini boleh meningkatkan lagi rasa SYUKUR dan sayang pada alam sekitar anda. Sekaligus secara tak langsung meningkatkan sahsiah dan peribadi terpuji

3. Pelbagaikan hobi anda
...hobi bermakna perkara yang kita buat untuk penuhi masa lapang. Misalnya berkebun, membela ikan dan bermain alat muzik. Namun kena berpada-pada kerana hanya untuk mengisi masa lapang, kalau dah asyik mengisi hobi tak mengira perkara lain, bukan lagi hobi namanya membuang masa...

SELAMAT BERCUTI...jaga diri anda! Read More..

Wednesday, October 6, 2010

PMR 2010

Selamat merealisasikan impian kejayaan 8A. Gunakan masa peperiksaan yang berlangsung dari 05-11 Oktober 2010 dengan sepenuhnya! Kertas GEOGRAFI anda pada 06 Nov 2010 (Rabu) Download jadual penuh PMR. Anda sudah berusaha, jawab dengan tenang, faham dan lakukan yang terbaik...tawakkal dan berharap pada pertolonganNYA. Insyaallah anda akan berjaya!

Tips Minggu Peperiksaan

Sebelum
1. Tepati jadual waktu peperiksaan anda. Tahu dengan tepat masa mula dan akhir kertas serta tarikh peperiksaan yang anda duduki. Membawa peralatan dan keperluan peralatan sesuai mengikut subjek.Buat ulangkaji cepat dan revisi imbasan pada buku-buku teks dan nota/rujukan. Tidak perlu lagi membebankan diri anda dengan membuat latihan yang membebankan fikiran. Yakin anda dah bersedia...
Semasa peperiksaan berlangsung
2. Bertenang sebelum masuk dewan. Bermula dengan langkah kanan, sebut nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, baca Al-Fatihah, ayat penerang hati dan Surah Alam-nasyrah. Ingat sikap tergopoh-gapah penyakit dari syaitan. Menjawab soalan dengan penuh tumpuan.Baca dan faham kehendak soalan, bukan sekadar apa yang anda tahu...apa soalan hendak anda jawab? Ingat, apa soalan hendak anda jawab...
Selepas peperiksaan
3. Alhamdulillah, yakin anda telah menjawab dengan baik! Jangan membuang masa membuat semakan dan menyusahkan hati anda menyemak kertas yang telah selesai diduduki. Fokus pada kertas yang sedang menunggu anda pada hari seterusnya...Bertawakkal dan berserah padaNYA. Lakukan solat hajat, baca yasin, doakan mendapat hasil cemerlang...Anda sudah berusaha, anda telah buat yang terbaik, anda dalam perjalanan menjadi JUARA. Insyaallah! Read More..

Sunday, August 22, 2010

Tip Cemerlang PMR 2010

Peperiksaan PMR semakin hampir, semua calon PMR 2010 diharap terus berusaha meningkatkan pencapaian. Study hard and Smart! Kenali kelemahan anda, buat ulangkaji semula, banyakkan latihan! Practice make perfect...Ujian dan peperiksaan untuk anda mengenali kelemahan diri. Yang terbaik adalah usaha untuk membaiki kelemhan tersebut selepas setiap kali ujian @ peperiksaan. Never give up...Tawakkal. Insyaaallah!

Teknik merangsang memori:
a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c). mengingat kembali ( recall )
d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)Buat bacaan lanjut, tips belajar cemerlang di sini

Soalan-soalan gempur geografi, boleh didownload di sini! INGAT...practice make perfect! Lagi set soalan geografi ke 2 Read More..

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk berjumpa lagi ramadhan pada tahun ini! Semoga kita sama-sama menambah amal ibadah dan menggunakan sebaik mungkin bulan yang penuh barakah! Kita banyak menggunakan bulan masehi dalam kalendar kita, belajar tentang peredaran bumi yang mengambil masa 365 1/4 hari...tapi agak kurang memahirkan diri dengan bulan-bulan Islam. Sedangkan banyak hikmah dan amalan-amalan yang disarankan mengikut setiap bulan Islam. Antaranya...

BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Banyakkan berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Nak belajar lanjut tentang bulan-bulan Islam dan amalannya lawati

Jum rebut ganjaran istimewa...bulan penuh keampunan dan tawaran ini harus kita manfaatkan sepenuhnya! Jangan hanya merebut tawaran jualan murah sempena syawal ...utamakan ramadhan, meriahkan syawal! INSYAALLAH... Read More..

Tuesday, June 29, 2010

PIALA DUNIA 2010

Piala Dunia dah sampai ke pertengahan perlawanan. Ada negara yang tamat perjuangan. Negara-negara yang menjadi igauan dan pilihan jutaan peminat bola sepak terus mempamerkan aksi-aksi cemerlang untuk mara. Pasukan Argentina, Sepanyol, Brazil, Jerman dan Ghana mara ke peringkat suku akhir...Semoga kita dapat melihat kemaraan pasukan yang terbaik tidak kira dari benua Amerika, Afrika atau Eropah. Barulah seronok menonton bola dapat melihat pemain-pemain terbaik dunia beraksi seperti Lionel Messi,Gonzalo Higoain dan Cristiano Ronaldo.Yang pasti pasukan terbaik layak bergelar juara! Untuk meninjau keputusan dan jadual perlawanan. Ambil kesempatan untuk mengenal setiap negara yang bertanding, juga tuan rumah Afrika Selatan...geography is fun...learn with your surroundings... Read More..

Sunday, May 16, 2010

16 MEI 2010

Alif ba ta detik permulaan segala corak warna kehidupan. Guru adalah paksinya, membuka jendela alam, menitik hikmah, menuntun hati dan sanubari, mentafsir naluri,lantas melonjak bijaksana seorang anak kecil...dewasanya bangkit mengukir sejarah, menjunjung agama, memperkasa bangsa! Terasnya bermula dari tutur ajar dan didikan seorang guru!

Guru Pembina Negara Bangsa
Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencetuskan kepentingan pembinaan bangsa Malaysia pada tahun 1991 melalui Gagasan Wawasan 2020. Cabaran pertama yang ditonjolkan dalam gagasan tersebut dengan jelas meletakkan matlamat berkenaan :

“Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum berasaskan persamaan hak dan keadilan” (Cabaran Pertama, Wawasan 2020)

Matlamat tersebut masih disuarakan oleh pemimpin selepasnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menekankan kepentingan perkongsian sebuah negara dan menekankan semangat kecintaan kepada negara. Menurut beliau :


“Kejayaan Malaysia telah dibina atas usaha bersama. Negara Malaysia akan terus dibangunkan secara bersama dalam semangat yang tidak membenarkan berlakunya tafsiran sempit dari segi identiti warga, tidak membenarkan berlakunya amalan ekstremisme agama, tidak mengizinkan berlaku ketidakadilan di kalangan warga dan tidak mengizinkan tercetusnya sebarang kebimbangan terhadap jaminan masa hadapan mana-mana warga. Bumi dan langit Malaysia adalah tempat bertapak, tempat berteduh setiap warga Malaysia, Bumi dan langit Malaysia menjanjikan tapak kukuh dan langit cerah untuk setiap warga dapat hidup bersatu penuh muafakat.”


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan hari kebangsaan negara ke 52 (2009) pula menekankan kepada usaha merapatkan hubungan rakyat berbilang
kaum di Malaysia dengan meruntuhkan tembok pemisah yang masih wujud. Menurut beliau:

“... lipatan sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan.” (Malaysiakini : 31 Ogos 2009)

Bagi mengukuhkan kenyataan tersebut beliau turut mengingatkan generasi muda Malaysia khususnya supaya menghargai sejarah negara terutamanya dalam aspek yang melibatkan kerjasama antara kaum. Mempertegaskan hal tersebut, beliau menyatakan :

“…kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada mahupun tidak, tua atau muda.” (Malaysiakini : 31 Ogos 2009)

Pandangan-pandangan di atas mempunyai matlamat dan aspirasi bersama yang jelas bahawa hidup sebagai sebuah negara bangsa dalam kalangan rakyat berbilang bangsa adalah satu prasyarat mengekalkan kemakmuran Malaysia tercinta. Bidang pendidikan menjadi wadah utama untuk menjayakannya, ayuh guru-guru kita melaksanakan amanah yang tergalas di bahu kita. Insyaallah!

SELAMAT HARI GURU 2010, buat seluruh warga guru di Malaysia. Read More..