Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk berjumpa lagi ramadhan pada tahun ini! Semoga kita sama-sama menambah amal ibadah dan menggunakan sebaik mungkin bulan yang penuh barakah! Kita banyak menggunakan bulan masehi dalam kalendar kita, belajar tentang peredaran bumi yang mengambil masa 365 1/4 hari...tapi agak kurang memahirkan diri dengan bulan-bulan Islam. Sedangkan banyak hikmah dan amalan-amalan yang disarankan mengikut setiap bulan Islam. Antaranya...

BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Banyakkan berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Nak belajar lanjut tentang bulan-bulan Islam dan amalannya lawati

Jum rebut ganjaran istimewa...bulan penuh keampunan dan tawaran ini harus kita manfaatkan sepenuhnya! Jangan hanya merebut tawaran jualan murah sempena syawal ...utamakan ramadhan, meriahkan syawal! INSYAALLAH... Read More..

Tuesday, June 29, 2010

PIALA DUNIA 2010

Piala Dunia dah sampai ke pertengahan perlawanan. Ada negara yang tamat perjuangan. Negara-negara yang menjadi igauan dan pilihan jutaan peminat bola sepak terus mempamerkan aksi-aksi cemerlang untuk mara. Pasukan Argentina, Sepanyol, Brazil, Jerman dan Ghana mara ke peringkat suku akhir...Semoga kita dapat melihat kemaraan pasukan yang terbaik tidak kira dari benua Amerika, Afrika atau Eropah. Barulah seronok menonton bola dapat melihat pemain-pemain terbaik dunia beraksi seperti Lionel Messi,Gonzalo Higoain dan Cristiano Ronaldo.Yang pasti pasukan terbaik layak bergelar juara! Untuk meninjau keputusan dan jadual perlawanan. Ambil kesempatan untuk mengenal setiap negara yang bertanding, juga tuan rumah Afrika Selatan...geography is fun...learn with your surroundings... Read More..

Sunday, May 16, 2010

16 MEI 2010

Alif ba ta detik permulaan segala corak warna kehidupan. Guru adalah paksinya, membuka jendela alam, menitik hikmah, menuntun hati dan sanubari, mentafsir naluri,lantas melonjak bijaksana seorang anak kecil...dewasanya bangkit mengukir sejarah, menjunjung agama, memperkasa bangsa! Terasnya bermula dari tutur ajar dan didikan seorang guru!

Guru Pembina Negara Bangsa
Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencetuskan kepentingan pembinaan bangsa Malaysia pada tahun 1991 melalui Gagasan Wawasan 2020. Cabaran pertama yang ditonjolkan dalam gagasan tersebut dengan jelas meletakkan matlamat berkenaan :

“Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum berasaskan persamaan hak dan keadilan” (Cabaran Pertama, Wawasan 2020)

Matlamat tersebut masih disuarakan oleh pemimpin selepasnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menekankan kepentingan perkongsian sebuah negara dan menekankan semangat kecintaan kepada negara. Menurut beliau :


“Kejayaan Malaysia telah dibina atas usaha bersama. Negara Malaysia akan terus dibangunkan secara bersama dalam semangat yang tidak membenarkan berlakunya tafsiran sempit dari segi identiti warga, tidak membenarkan berlakunya amalan ekstremisme agama, tidak mengizinkan berlaku ketidakadilan di kalangan warga dan tidak mengizinkan tercetusnya sebarang kebimbangan terhadap jaminan masa hadapan mana-mana warga. Bumi dan langit Malaysia adalah tempat bertapak, tempat berteduh setiap warga Malaysia, Bumi dan langit Malaysia menjanjikan tapak kukuh dan langit cerah untuk setiap warga dapat hidup bersatu penuh muafakat.”


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan hari kebangsaan negara ke 52 (2009) pula menekankan kepada usaha merapatkan hubungan rakyat berbilang
kaum di Malaysia dengan meruntuhkan tembok pemisah yang masih wujud. Menurut beliau:

“... lipatan sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan.” (Malaysiakini : 31 Ogos 2009)

Bagi mengukuhkan kenyataan tersebut beliau turut mengingatkan generasi muda Malaysia khususnya supaya menghargai sejarah negara terutamanya dalam aspek yang melibatkan kerjasama antara kaum. Mempertegaskan hal tersebut, beliau menyatakan :

“…kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada mahupun tidak, tua atau muda.” (Malaysiakini : 31 Ogos 2009)

Pandangan-pandangan di atas mempunyai matlamat dan aspirasi bersama yang jelas bahawa hidup sebagai sebuah negara bangsa dalam kalangan rakyat berbilang bangsa adalah satu prasyarat mengekalkan kemakmuran Malaysia tercinta. Bidang pendidikan menjadi wadah utama untuk menjayakannya, ayuh guru-guru kita melaksanakan amanah yang tergalas di bahu kita. Insyaallah!

SELAMAT HARI GURU 2010, buat seluruh warga guru di Malaysia. Read More..

Wednesday, April 28, 2010

BUMI AMANAH KITA SEMUA...



Hari bumi bermula pada September 1969, iaitu di dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson pada masa itu mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar.Senator tersebut pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA. Setiap hari sebenarnya Hari Bumi, kerana bumi adalah amanah besar untuk kita manusia mewarisi dan menjaganya sejak bermulanya Nabi Adam a.s diturunkan uyntuk memakmurkabn dan menjadi pemerintah di bumi. Jadilah khalifah yang penuh bertanggungjawab memegang amanah ALLAH swt!
Banyak cara untuk menyambut Hari Bumi, amalkan hidup berhemah, tidak membazir sumber alam, jayakan kempen 5R (reduce,reuse,rethink,recycle), tanam pokok banyak-banyak, sayang alam sekitar kita...semua orang boleh berkhidmat pada BUMI....EarthDay2010 Read More..

Tuesday, April 20, 2010

Sang Pencipta Bumi Yang Agung Menegur Kita Semua...




LONDON: Akibat letusan sebuah gunung berapi di Iceland, lalu lintas udara di seluruh Eropah Utara teerjejas, menyebabkan Britain terpaksa menghentikan operasi di Lapangan Terbang Heathrow dan membatalkan beratus-ratus penerbangan, manakala Norway bertindak menutup ruang udaranya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Britain berkata penerbangan bukan kecemasan terpaksa ditangguhkan sekurang-kurangnya hingga jam 6 petang waktu tempatan, manakala Ireland turut menutup ruang udaranya selama lapan jam.

Lapangan Terbang Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di Eropah, mengendalikan hingga 1,200 hingga 180,000 penumpang sehari.

Penutupan Heathrow sekali gus menjejaskan lapangan terbang kedua dan ketiga terbesar, Gatwick dan Stansted. Tidak dapat dipastikan bila penerbangan dapat dipulihkan semula.

Berikutan penutupan itu, berpuluh-puluh penerbangan trans-Atlantik menuju Amerika Syarikat terpaksa ditangguhkan, manakala pembatalan penerbangan turut berlaku di bandaraya utama Eropah termasuk Brussels, Amsterdam, Geneva dan Paris.

Di utara Sweden, pihak berkuasa penerbangan awam berkata, semua penerbangan ditangguhkan dan ini menjejaskan jadual di bandar lain termasuk Skelleftea, Lulea, Kiruna dan Hemavan.

Semua penerbangan di utara Finland turut dibatalkan.
Di Norway, Raja Harald V dan Permaisuri Sonja yang bercadang terbang ke Copenhagen untuk menyambut hari lahir ratu Denmark yang ke-70, sedang menimbang sama ada menaiki kereta, bot atau kereta api untuk ke negara itu.

Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg yang dijadual kembali ke negaranya semalam, kini terkandas di New York apabila penerbangan dibatalkan.

Di Iceland, beratus-ratus penduduk terpaksa melarikan diri daripada banjir berikutan paras air meningkat selepas gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull meletus untuk kali kedua dalam tempoh sebulan semalam.

Air yang mengalir dari kawasan pergunungan, menyebabkan paras sungai meningkat sehingga tiga meter menjelang malam semalam.

“Awan debu semakin berkurangan kerana tiada air sebagai bahan campuran. Anda boleh merasa lebih banyak gegaran di sekitar gunung berapi itu kerana laharnya sedang mengalir keluar,” katanya.
Einarsson berkata, pihaknya memperoleh laporan daripada seorang juruterbang kira-kira sejam lalu bahawa awan debu berada pada ketinggian 4,877 meter.

“Kami membuat andaian kebanyakan awan debu berada pada kedudukan yang rendah di langit. Sebelum ini ia berada pada ketinggian 6,000 meter.

Rakaman sebuah kamera litar menunjukkan aliran asap secara berterusan tetapi perlahan dari kawah gunung berapi itu dan membentuk gumpalan awan yang sangat besar.

“Perkembangan ini menunjukkan keadaan gunung berapi itu kini semakin berubah dan kami sedang memantaunya,” katanya.

Sementara itu, pengawal trafik udara Britain berkata, gumpalan awan debu yang baru kini menghala ke beberapa laluan udara yang utama dan beberapa negara menutup lapangan terbang atau mengehadkan penggunaan ruang udara.

“Letusan gunung berapi di Iceland semakin kuat dan gumpalan awan debu yang baru sedang merebak ke selatan dan timur menuju ke Britain,” kata Perkhidmatan Trafik Udara Britain dalam satu kenyataan. – Reuters

Letusan gunun berapi yang berlaku di Iceland ini membawa kesan-kesan buruk antaranya yang utama ialah :

1. Hampir kebanyakan penerbangan ditangguhkan sehingga hari ini akibat daripada
gumpalan asap berdebu yang tebal,
2. Berlaku pencairan ais dan dikhuatiri banjir akan berlaku,
3. Sumber makanan dan keperluan harian terganggu,
4. Kesihatan terjejas. Read More..

Tuesday, March 23, 2010

Belajar geografi online

Sila lawati laman web berikut untuk mendapatkan macam-macam maklumat geografi di sini Read More..

Wednesday, February 24, 2010


Salam Maulidur Rasul 2010



Tema Maulidur Rasul - Menghidupkan Sunnah Rasulullah S.A.W Read More..