Wednesday, February 24, 2010

SOALAN KERJA KURSUS GEOGRAFI TAHUN 2010
Pilih soalan berikut…
TUGASAN 1: AMALAN KITAR SEMULA
Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang amalan kitar semula di kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep kitar semula
• Jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula
• Kepentingan kitar semula
• Masalah / halangan amalan kitar semula
• Langkah / cadangan mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
ATAU
TUGASAN 2: MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang migrasi dalaman penduduk
di kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep migrasi dalaman penduduk
• Pola migrasi dalaman penduduk
• Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk
• Kesan migrasi dalaman penduduk
• Cadangan untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Soalan lengkap boleh dimuat turun daripada laman sesawang

3 comments:

  1. Salam Sejahtera Cikgu,

    tak apalah.. saya cuma laman internet utk cuba cari KAWASAN KAJIAN dalam Kerja Khusus Geografi tahunni...

    BOLEHKE CIKGU TOLONG?

    bolehkah Cikgu Ctyam tolong saya buat satu CONTOH, sebab kawan saya nak hantar minggu depan dan cikgu dia tiada bagi apa-apa contoh...

    saya cuma nak tolong kawan aja cikgu..

    kalau cikgu boleh tolong, sila e-mail ke udien_liew@yahoo.com

    saya akan tunggu tanggapan cikgu kat sini...

    ***********TERIMA KASIH**********

    ReplyDelete
  2. Salam & selamat bercuti
    Contoh KAWASAN KAJIAN KGT

    Kajian ini telah dijalankan di Kampung Simpang Pasir, Jeniang, Kedah. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Sungai Petani dan kira-kira 2 km dari pekan kecil Jeniang. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah rm1 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah menengah iaitu SMK Tunku Sulong. Kampung saya mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik. Jalan persekutuan utama dapat menghubungi semua kawasan untuk transit ke Lebuhraya Utara Selatan melalui tol Gurun, hanya kira-kira 15 minit perjalanan. Laluan jalan ini sibuk dengan kenderaan kerana ia juga merupakan transit laluan ke pantai timur, untuk ke bandar Kota Bharu dan Kuala Terengganu melalui Grik.

    Kampung Simpang Pasir, mempunyai tanah pamah pinggir sungai yang subur yang rata dan beralun. Ini telah menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Pekerjaan utama penduduk ialah menanam kepala sawit dan getah. Sesetengahnya pula terlibat dengan sektor perkilangan kecil, sektor perkhidmatan seperti berniaga serta sebagai kaki tangan awam, menjadi guru, polis dan pekerja swasta.

    Buat kerja kursus anda mengikut skema kerja yang ditetapkan,insyaallah dapat A...
    Sekian!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete