Wednesday, November 11, 2009

Perkembangan Sistem Perhubungan


Hasil Pembelajaran:

  • Menyatakan dan menghuraikan sistem perhubungan di negara Malaysia.
  • Menyenaraikan dan menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan perhubungan negara Malaysia.
  • Menyatakan dan menghuraikan kepentingan jaringan perhubungan.
  • Membuat rumusan tentang kepentingan perhubungan (negara Malaysia dan Kanada)
  • Menyenaraikan dan menjelaskan kesan perkembangan dan perhubungan.
  • Menyatakan dan menghuraikan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perkembangan perhubungan.

Pengenalan

  • Perhubungan awal Malaysia bermula dengan perkhidmatan pos.
  • Pada waktu itu, perkhidmatan ini hanya terhad kepada urusan surat menyurat sahaja.
  • Penyampaian maklumat ketika itu mengambil masa yang lama untuk tiba ke destinasinya.
  • perkembangan dalam sistem perhubungan mula berlaku denagn terciptanya alat perhubungan yang mempunyai fungsi yang lebih moden dan efektif se3perti radio,televisyen, sistem satelit, telefon dan sistem teknologi maklumat (ICT).
  • Melalui alat-alat perhubunagn yang lebih canggih ini, penghantaran dan penerimaan maklumat berlaku dengan lkebih mudah dan pantas.

1 comment: